Petua Menulis Blog Terbaik Sepanjang Zaman Daripada Hamka

May 20th, 2011 | 11:10 pm | Blogging | 13 responses

Adakah anda pernah dengar nama HAMKA? Tahukah anda siapakah sebenarnya insan bernama HAMKA ini?

Sebelum saya menulis lebih lanjut berkenaan dengan nasihat, pandangan dan kata-kata hikmat yang pernah disampaikan oleh HAMKA dalam bidang penulisan ini, maka ada baiknya jika kita cuba mengenal serba sedikit latar belakang berkenaan diri beliau (HAMKA) .

gambar hamka, poster hamka, siapa hamka,

HAMKA merupakan nama pena bagi Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau dilahirkan di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, pada 17 Februari 1908 – dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di Jakarta, 24 Julai 1981 pada usia73 tahun.

Sepanjang hayatnya beliau dikenali sebagai seorang ulama, aktivis politik, dan juga seorang sasterawan. Hasil karyanya sehingga saat ini masih lagi menjadi rujukan oleh sebahagian para ilmuan. Menurut sumber dari wikipedia, beliau menghasilkan sebanyak 79 karya dalam bentuk penulisan.

Entry kali ini akan berkongsikan mengenai petua yang boleh diaplikasikan oleh para blogger dan bakal blogger dalam menghasilkan satu karya yang unik dan menarik.

HAMKA pernah berkongsikan petua-petua ini dan mari kita lihat mana-mana bahagian yang boleh kita aplikasikan dalam konteks dan bidang penulisan blog.

1. Blogger Perlu Jelas Dengan Tujuan Menulis Dan Matlamat Yang Ingin Dicapai

Setiap apa yang ingin dicapai melalui blog, si penulis blog haruslah ada matlamat yang jelas. Untuk apa kamu menulis blog?

Langkah awal iaitu menentukan topik blog yang ingin dibangunkan bakal menentukan sama ada blog yang dibina bakal menjadi super blog yang menjadi sumber rujukan, atau sekadar blog biasa yang sukar meraih perhatian.

2. Apabila Timbul Keinginan Untuk Menjadi Blogger, Mulakan Sekarang Juga

Anda pernah dengar kisah kejayaan sebilangan blogger yang berjaya meraih populariti dan ada juga sebahagiannya yang menjana pendapatan yang baik melalui blog. Ini bukan suatu mitos dan ianya boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

Sekiranya anda juga ingin menjadi sebahagian dari mereka yang berjaya merubah kehidupan melalui aktiviti penulisan blog, maka anda perlu bertindak sekarang juga.

3. Buangkan Sifat Berputus Asa

Jangan cepat merasa kecewa kalau blog yang dibina kelihatan kurang berjaya diawal-awal peringkat pembangunannya. Ia merupakan sesuatu yang normal. Malahan mana-mana penulis blog terkenal juga bermula dari bawah, tak dikenali dan tiada pembaca tetap.

Apa yang perlu ada pada jiwa anda ialah sifat tak mudah putus asa dan teruskan menulis.

4. Baca Blog Orang Lain Sebagai Sumber Kekuatan & Idea

Satu idea yang baru lazimnya tercetus dari satu idea yang sudah sedia ada.

Dengan memperbanyakkan pembacaan, kita mampu untuk menghasilkan satu karya yang lebih baik berbanding karya-karya yang telah sedia wujud.

Ia tak sepatutnya melemahkan diri kita malah ia patut menjadi sumber inspirasi.

5. Membaca dan Menulis Bergerak Seiring

Resipi untuk menghasilkan satu karya yang baik adalah dengan membaca karya-karya orang lain yang berkualiti. Sekiranya blogger malas untuk membaca, maka potensi untuk menghasilkan karya yang baik juga agak kurang.

6. Keep On Learning

Proses pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Jangan mudah puas hati dengan stail penulisan sekarang kerana ia patut boleh dipelbagaikan dan boleh diperbaiki dari masa ke semasa.

Rahsianya? Perlulah sentiasa belajar untuk memperbaiki cara penulisan.

Teruskan belajar dan segera aplikasikan apa yang dipelajari.

7. Teori Penulisan

Kalau dilihat situasi di internet ini, ada terlalu banyak blog yang membincangkan tentang langkah-langkah bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti dan bagaimana menghasilkan satu blogpost yang bagus. Bukan semua teknik yang diberi sesuai dengan anda.

Apa yang boleh dicadangkan, anda aplikasikanlah mana-mana teknik yang sesuai dan pada masa yang sama anda cari juga strategi penulisan yang kena dengan jiwa anda. Lain orang kan lain cara.

8. Jangan Menunggu Sehingga Sempurna

Dalam hal ini, saya secara peribadi pernah berjumpa dengan beberapa individu yang hanya akan mula blogging apabila teknik penulisan mereka sudah mantap. Dengan kata lain apabila mereka sudah mencapai tahap kesempurnaan.

Idea ini bukan tak bagus, cuma masalahnya kita tak tau bila masanya baru kita akan mencapai tahap kesempurnaan tersebut. Jadi sebaik-baiknya, kita mulakan sahaja menulis blog dan kesempurnaan itu akan datang dengan betambahnya pengalaman kita menulis.

9. Motivasi

Motivasi untuk menulis ini memang tak dinafikan ada naik dan ada turun.

Ada masa kita mampu untuk menghasilkan banyak artikel dalam sehari. Kita menjadi begitu produktif, dan ada masa kita kurang produktif.

Terima ia sebagai satu lumrah alam, dan sentiasa perbaiki diri dengan mencari apa yang memotivasikan diri kita untuk kekal dan tetap menulis?

Sekian. Semoga beri manfaat kepada aktiviti blogging anda.

 

Idea artikel ini diilhamkan oleh Tuan Zamri Mohamad, penulis buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Sila dapatkan buku tersebut sekiranya anda ingin memantapkan lagi skill penulisan anda.

Responses so far...(13)

  1. 1

    Terima Kasih Sebab kongsi artikel ni Bro..
    Baik untuk dijadikan panduan orang baru macam aku

    • 2

      sama-sama. Moga-moga sama-sama beri manfaat ye

  2. 3

    sangat suka kan artikle ini , rasa bersemangat semula :)

    • 4

      Alhamdulilah.. terima kasih sebab suka artikel ini ya puan bee

  3. 5

    Saya pernah menghadiri sessi penerangan menulis jurnal. Penceramah pernah berkata,’Kita perlu ada passionate dan kecintaan untuk menulis.

    • 6

      kecintaan untuk menulis tu macam mana nak develop?

  4. 7

    motivasi yang sangat bagus
    thanks

    mulakan dan teruskan sambil belajar

    • 8

      samalah.. masih lagi belajar untuk mantapkan skil

  5. 9

    Macamana perasaan kalau kita mencintai seseorang tentu kita akan sanggup berkorban apa sahaja untuk si dia. Begitu jugalah didalam penulisan. <–pada pendapat saya

    • 10

      yes.. kalau dah nama cinta mesti akan sanggup buat apa sahaja :-)

  6. 11

    proses belajar itu x akan pernah putus hingga ke liang lahad.. dan jgn mudah berputus asa..

    • 12

      agree 100%

      selagi mana masih lagi bernafas, selagi tu la kena sentiasa tambah ilmu.

  7. 13

    Salam bro,

    Terima kasih kerana kongsikan tip-tip penulisan di atas, terutamanya yang dilakukan oleh ulamak terkenal iaitu HAMKA. Boleh dijadikan panduan kepada saya sebagai seorang newbie.

Leave a Reply

Blog WebMastered by All in One Webmaster.