Kenapa Blogging Dalam Bahasa Melayu Bukan Satu Halangan Untuk Berjaya

December 18th, 2011 | 1:25 pm | Blogging | 3 responses

Bilangan penulis blog dan blog-blog baru yang dihasilkan semakin meningkat saban tahun. Ini menunjukkan satu prestasi yang baik, dan pada masa yang sama ia juga mencadangkan bahawa masyarakat kita sekarang sudah mula beralih kepada satu hobi baru.. bukan sekadar minat membaca, malahan pada masa yang sama turut meminati aktiviti penulisan.

Menjadi seorang penulis, tak boleh tidak.. mesti kena rajin membaca. Ada banyak fakta-fakta yang kita perlu tahu, dan setiap kandungan yang dituliskan melalui blog seharusnya adalah sesuatu yang bersifat benar.

Itulah salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang penulis blog. Menyampaikan maklumat yang tepat dan cepat. Bukan sekadar menulis untuk mendapatkan perhatian sudahnya apa yang ditulis langsung tak menepati fakta sebenar dan peristiwa yang berlaku.

Pada kesempatan kali ini saya ingin bawakan satu topik yang mana pernah menjadi satu persoalan pada satu ketika dulu waktu awal-awal saya berjinak-jinak dengan aktiviti penulisan blog.

Persoalan mengenai bahasa apa yang paling sesuai untuk digunakan sebagai medium penyampaian informasi dalam blog. Adakah bahasa Melayu lebih baik. ataupun sepatutnya kita menggunakan Bahasa Inggeris.

Apabila kita menggunakan bahasa Inggeris, kita membuka satu peluang untuk kita meluaskan capaian pasaran untuk blog kita. Bahasa Inggeris adalah antara Bahasa yang paling banyak dituturkan diserata dunia. Walaupun ia semata-mata menjadi bahasa kedua, namun terdapat negara yang dari segi penguasaan bahasa Inggeris adalah sangat baik.

Ambil contoh Malaysia. Bahasa rasmi adalah bahasa Melayu. Tetapi disamping bahasa Melayu, majoriti rakyat Malaysia turut mengusai Bahasa Inggeris.

Jadi dari segi capaian pembaca dan pasaran, penggunaan bahasa Inggeris adalah lebih menguntungkan.

Sekiranya anda adalah orang Melayu, dan diberi pilihan sama ada nak baca artikel berbahasa Melayu atau artikel berbahasa Inggeris, mana satu yang akan anda pilih?

Kita andaikan dari segi kandungan, kedua-dua artikel menjurus kearah topik yang sama, dah pasti anda akan pilih bahasa yang anda selesa untuk baca dan mudah difahami. Kebarangkalian untuk anda pilih artikel bahasa Melayu adalah tinggi. Betul tak?

Dari segi persaingan pula, ada terlalu banyak topik mahupun keyword (kata kunci) yang dah jadi sangat popular dan ia dipelopori oleh pakar-pakar SEO. Tetapi berbeza halnya dengan kata kunci daripada perkataan-perkataan dalam bahasa Malaysia.

Sekiranya kita lihat ini sebagai satu peluang, kita akan nampak sebenarnya peluang terbuka luas untuk kita berjaya sebab kurangnya persaingan dalam penyampaian maklumat dalam bahasa ibunda kita. Sekiranya ada persaingan sekalipun, dan persaingan memang tak dapat kita elakkan, persaingan yang ada tidaklah sehebat persaingan dalam menerbitkan artikel dalam bahasa Inggeris.

Artikel dalam bahasa melayu lebih mudah untuk mendapat tempat dalam senarai carian di enjin pencarian (search engine).

Walaubagaimanapun, sebenarnya semuanya terpulang pada fokus dan matlamat yang ingin anda sasarkan. Sekiranya anda berhasrat untuk menguasai pasaran Malaysia sahaja, maka dengan menulis dalam bahasa Melayu itu dah cukup memadai. Namun sekiranya anda berhasrat meluaskan lagi capaian blog anda dan ingin menjadikan blog mesra pembaca dan boleh difahami oleh seluruh dunia, maka bahasa Inggeris sepatutnya menjadi prioriti.

Namun begitu, kita tak sepatutnya memperkecilkan keupayaan blog berbahasa melayu untuk berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan blog yang ditulis dengan menggunakan bahasa perantaraan Inggeris.

Sekian.

 

image credit to : mavericktraveler.com

 

 

Responses so far...(3)

  1. 1

    blog bm dilihat senang kalau kat malaysia nih..cuma dari segi kualiti dan juga kreatif yang menjadi dah kurang sekarang ini…

    • 2

      betul tu .. . klu pasal seo .. blogger msia gemar guna bahasa melayu .. . tp klu untuk buat pendapatan sampingan kena buat juga bahasa inggeris..
      tp aku guna dua-dua bahasa.. satuy blog bahasa inggeris satu bahasa melayu .. . tp bagi aku soal bahasa xlah serius sangat.. . :)

  2. 3

    Dengan jiwa yang besar, i’Allah blog berbahasa Melayu juga pasti mampu pergi jauh. Mungkin perlukan sedikit inovasi dan kreativiti. :-)

Leave a Reply

Blog WebMastered by All in One Webmaster.